

KEM MEKAR SETAMAN
- Meneroka ilmu dan tarbiah diri sambil menghayati keindahan ciptaan alam semulajadi ciptaan Allah SWT. -
Mari Berkenalan....
​
Program “Kem Mekar Setaman (KMS)” yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Tamrin UTH adalah program tahunan Usrah Tautan Hati di bawah kelolaan Ustazah Fatimah Syarha Binti Hj Mohd Noordin, iaitu seorang Novelis Islamik yang berkelulusan Master dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di UiAM, beliau juga seorang Perunding Motivasi dan Pengarah Urusan Sebarkan Bahagia Sdn Bhd. Program ini melibatkan golongan belia muslimat daripada pelbagai negeri.
​
Program KMS 4.0 pada tahun 2017 kali ini bertemakan 'Endsville' yang bermaksud kehidupan yang terindah, di mana belia muslimat akan diberi pendedahan tentang keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang holistik. Peserta akan mendalami pelbagai ilmu dan skill yang membolehkan mereka merasai keseronokan dan keterujaan dalam menjalani kehidupan yang barokah sebagai seorang muslimah yang solehah. Pelbagai tips-tips yang praktikal buat Muslimat akan dikongsi agar peserta mampu mengharungi cabaran sekularisme dalam kehidupan mereka.
Program ini akan dimulakan dengan perkongsian sunnah-sunnah dalam kehidupan Rasulullah SAW yang amat bermanfaat untuk fizikal, mental dan spiritual peserta apabila diamalkan. Kemudian, peserta didedahkan dengan aspek ibadat solat dan wudhu' yang betul agar peserta dapat memperbaiki kualiti ibadat mereka seterusnya merasai kenikmatan solat seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW “Dan penyejuk mataku (pucuk kebahagiaanku) dijadikan terletak di dalam solat.” [Riwayat Ahmad]. Kesempatan turut diberikan buat peserta untuk berbincang dan merungkai permasalahan Fiqh wanita yang sering membelenggu kehidupan Muslimat. Selain itu, peserta program ini juga akan didedahkan tentang manfaat doa, zikir dan solat sebagai pengukuhan aspek kerohanian. Kesemua elemen-elemen ini sangat penting bagi mempersiapkan belia Muslimat agar mereka mampu terus produktif dalam mengharungi ujian dan cabaran dalam kehidupan seharian mereka.
Objektif
-
Melahirkan belia muslimat yang sentiasa bersikap positif, produktif dan bermotivasi tinggi dengan mempelajari dan mengaplikasi cara kehidupan Rasulullah SAW dalam rutin kehidupan seharian mereka.
-
Menerapkan sikap cakna dan peka belia muslimat tentang syarat sah solat, rukun solat, kusyuk dalam solat dan lain-lain yang berkaitan tentang solat dengan memberi penerangan dan menjalankan praktikal dari pengambilan wuduk sehingga selesai solat.
-
Membimbing dan mengaudit belia muslimat mengenai permasalahan dan penyelesaian yang berkaitan dengan Fiqh wanita.
-
Memberi pendedahan dan penghayatan rohani dengan menghayati manfaat zikir, doa dan solat dalam kehidupan seharian.
​
-
Memupuk nilai-nilai ukhuwah islamiah di dalam jiwa belia muslimat untuk saling bantu-membantu mempersiapkan fizikal dan rohani demi meraih keredhaan Allah dan menjaga maruah agama.
​
​